Sunday, June 29, 2008

...pemikiran cetek...

...pertemuanku dengan seorang budak cetek hari ini memang memberangsangkan. sekalipun kami hanya berborak panjang memanjang akan topik yang memang kurang diminati ramai; iaitu berkenaan dengan batu permata dan kareer masa depan; tapi saya rasa borak-borak kita ini amat memaanfatkan semua dan dapat mencetuskan pemikiran kita yang selama ini dikatakan cetek. kareer masa depan sememangnya susah untuk diramal. ditambah pula dengan pemikiran yang cetek tidak mungkin dapat memperbetulkan situasi sekarang. namun dengan hati yang tekad dan pemikiran yang kian berubah, pastinya saya tahu yang budak cetek ini akan menjadi seorang dewasa yang berkebolehan serba boleh. tinggalkan pemikiran cetek di laman dan teruskan berusaha untuk mencapai cita-cita anda. sekiranya tangki separuh kosong sahaja yang boleh nampak, sila tukar cermin mata supaya tangki separuh penuh dapat dilihat sekali lagi. pemandangan separuh penuh sememangnya menakjubkan semua. andainya kamu dapat lihat. pertemuan kami berakhir dengan satu dozen coke+icelemontea dan ayam satu ekor. secetek-cetek pemikiran kami akhirnya dapat jugak memperbetulkan situasi ini 5jam berterusan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home